Thursday, December 24, 2015

Resepi : Ikan Tenggiri Bistik

Bismillah and Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul… disebabkan hari ini macam ada masa sikit jadi boleh la duk relax kejap buka handphone and karang entry… hari ni kita duk dapur masak-masak je… so sebab alang-alang dah duk dapur ni nak kongsi sikit resepi ringkas yang insyaAllah tetap menyelerakan… as usual saya punya gaya penulisan untuk entry Foody lebih kepada gaya agak-agak… tak ada specific measurement untuk bahan-bahan masakan… saya punya bahan-bahan ni adalah untuk memasak dalam kuantiti yang banyak… jadi jangan terkejut kalau ada kuantiti bahan yang banyak…

Jika anda ada sebarang tips untuk dikongsikan bolehlah kongsikan bersama di bahagian komen... nota ini adalah untuk diri sendiri juga… kerana blog ini juga merupakan medium untuk saya membuat catatan… mana nak ingat resepi sebab bukannya selalu masak lauk yang sama je tiap-tiap hari… saya juga bukanlah tukang masak yang rajin…. okey tanpa melengahkan masa jom kita masak! Bahan-bahan dan cara masakan adalah seperti di bawah:

Ikan tenggiri bistik


Bahan-bahan:

Ikan tenggiri
(dipotong dan dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam sebelum digoreng)
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
20 biji lada burung
(Ketiga-tiga bahan ini ditumbuk untuk ditumis)
½ botol sos tomato
½ botol sos cili
1 sudu asam jawa
(Kacau asam jawa dengan sedikit air sehingga sebati)
2 biji lada besar
4 biji tomato
3 biji bawang besar
(Mayang bawang dan lada, potong tomato)
Sedikit gula dan garam
(Secukup rasa)

Cara memasak:

1. Tumis lada burung, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi
2. Selepas naik bau masukkan sos tomato, sos cili dan air asam jawa tadi kacau sehingga sebati (if rasa terlalu pekat masukkan sedikit air)
3.  Masukkan bawang besar dan lada  besar yang telah dimayang sekali dengan tomato yang telah dipotong tadi dan kacau lagi
4. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa
5.  Lepas dah siap part sos tadi bolehlah masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau sebati… 

Selamat mencuba!!!

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...