Sunday, April 16, 2017

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum...

Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah... 

So disebabkan bulan April ni tak ada lagi entry saya post dekat blog ni plus dah lama tak karang resepi... jadinya hari ni nak la tepek resepi ringkas iaitu seperti tajuk di atas... semalam masak benda ni sebab ada udang... makanya saya snap la gambo2 masakan sepantas kilat (hanya sekadar nak dapatkan gambar... sorry as i said previously saya segan nak ambik gambo masakan... sebab memasaknya sikit sajo tapi ambil gambo berlebih-lebihan pula... nanti apa kata orang2 sekelilingkan...) 

Well tanpa melengahkan masa moh le kita tengok apakah bahan2 yang diperlukan untuk memasak Udang Masak Kunyit ni... bahan2nya adalah seperti di bawah:-


Bahan2:

Udang
(Belah bahagian atas and buang segala kotoran di bahagian tersebut... kemudian bersihkan and tabur garam and kunyit secukup rasa...perap selama beberapa minit)

Bawang besar 2 biji (Hiris nipis)
Bawang putih 6 ulas (Hiris nipis/ nak ketuk pon boleh)
Cili api 10 biji (Ikut suka... nak pedas tambah lagi atau nak kurang pedas kurangkanlah cili tersebut...hiris nipis juga)
Tomato 1 biji (Belah empat... pakai 1 biji sebab ada 1 ni jek tomota dekat dapur time tu)
Kacang panjang 4 tangkai (Potong pendek... ada orang kasi so kita pakai la dalam masakan kalau tak ada tak masukkan pon tak apa...no hal)

Penambah rasa yang lainnya macam biasa : sos cili and sos tiram secukup rasa.

im telling u
Step by step

Cara2 membuatnya:

1. Tumis bawang putih, bawang besar and cili yang telah dihiris halus tadi... sehingga naik bau...
2. Kemudian masukkan udang yang telah di perap dengan kunyit and garam tadi... goreng sehingga masak udang... kalau rasa tak cukup minyak boleh tambah sikit lagi masa menggoreng tu...
3. My adik kata masukkan terus kacang panjang tadi sebab katanya tak nak makan kacang panjang keras2 jadinya saya masukkan awal kacang tersebut sebelum udang masak ya... and saya masukkan sekali sos cili and sos tiram secukup rasa... tak lupa juga tomato yang telah di potong 4 tadi and kacau sebati sehingga udang masak and kacang pon dah nampak lembut...
4. Sambil2 tu boleh la rasa kita punya masakan dah cukup rasa ke belum... kalau belum boleh la tambah lagi apa yang patut... and kacau sebati and done! dah siap masakan kita... senang kan? so selamat mencuba!

im telling u
Udang Masak Kunyit
P/s: saya suka menumis sebab dengan menumis ni kita boleh enhance semua rasa bahan2 yang kita tumis tadi dalam masakan kita... even nak buat telur dadar pon saya akan tumis dulu cili dan bawang besar and then barulah masukkan telur yang telah dikepuk...

No comments:

Post a Comment

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...