Wednesday, October 7, 2015

Ikhlas dari hati @ kholbu

Bismillah dan Assalamualaikum...

Kali ini saya ingin kongsikan kisah hati yang tidak dapat kita nilai dengan pancaindera, amat sukar untuk ditelah, payah untuk diperolehi. Ianya amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Dan mungkin juga saya serta kamu senangtiasa menyebutnya sehari-hari dan senangtiasa juga mendengarnya. Ianya tak lain dan tak bukan I.K.H.L.A.S.

"ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan diatas batu hitam pada malam yang gelap gelita" pepatah ini menunjukkan betapa sukarnya untuk kita menilai dan mentafsir ikhlas itu. Moga-moga pada setiap yang kita lakukan dan pada setiap yang kita tuturkan ikhlas itu ada dan moga-moga ikhlas itu juga berkat dipandanganNya.

Ikhlas datangnya dari hati dan hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan hati manusia dapat "hidup" dan tanpanya juga manusia boleh "mati". Hati dalam kehidupan manusia terbahagi kepada dua dan kedua-duanya berperanan penting dalam memastikan kesinambungan hidup kita seharian.

Didalam tubuh badan kita terdapat satu organ penting yang diberi nama hati. Hati ini merupakan organ kedua terbesar didalam tubuh badan kita. Ianya berfungsi bagi memastikan keseimbangan tubuh badan kita agar sentiasa sihat. Jika hati ini rosak maka akan terjejaslah kesihatan tubuh badan kita.

Selain daripada itu kita juga dikurniakan hati yang tidak dapat dirasa dan dilihat oleh pancaindera, dikenali sebagai mata hati @ hati nurani. Hati ini berfungsi sebagai peneraju dan pemandu dalam setiap perbuatan dan tingkahlaku kita. Namun jika hati ini mati maka hidup tidak lagi bererti yang mana akan rosaklah perbuatan dan akan pincanglah tingkahlaku.

(Credit to the owner)


Seikhlas Hati

Bagaimana harus aku katakan
Bagaimana harus aku lakukan
Agar setiap bait tutur kataku kedengaran jujur ditelingamu
Agar setiap perilakuku tampak ikhlas dimatamu
Bagaimana harus aku terjemahkan jujur dan ikhlas itu
Kerana ianya amat sukar untuk dinilai  
Kerana jujur dan ikhlas itu tidak mampu untuk dilihat oleh mata tidak juga mampu untuk ditelah oleh hati
Terlalu sukar untuk aku katakan yang diri ini jujur dan ikhlas 

Kerana 
Ikhlaskah aku jika aku katakan yang aku jujur dan ikhlas 
Ikhlaskah aku jika semua yang kau mahukan aku turuti
Jujurkah aku jika semua yang kau katakan aku iakan
Mahukah kau percaya dan mahukah kau katakan yang aku jujur dan ikhlas 

Namun
Walau apa jua tafsirmu
Aku ingin kau tahu yang aku tidak mampu untuk menyatakan nilai jujur dan ikhlas itu
Setiap perbuatan yangku lakukan adalah semampuku dan setiap tutur kata yangku lafazkan adalah semahuku
Kerana hanya Allah s.w.t yang tahu
Dia jualah yang mampu untuk menilai jujur dan ikhlas itu
Dan kerana  قلب  ini milikNya


Im-telling-u
07.10.2015
12.45 a.m

No comments:

Post a Comment

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...