Monday, October 24, 2016

Kata-kata dari lidah

Bismillah dan Assalamualaikum...

Kata-kata dari lidah kadang-kala boleh menyenangkan hati yang lara namun ianya juga mampu menyakitkan hati yang tenang dan meresahkan hati yang sudah sedia ada gelisah. Pernahkah kamu mendengar akan pepatah  ini "terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya", "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" mahupun "diam itu lebih baik dari berkata-kata"? Lain ayatnya namun pada akhirnya semua ini memberi pengertian yang sama iaitu "berhati-hatilah ketika berkata-kata". Kerana kata-kata yang buruk atau negatif seumpama sebilah pedang yang tajam... yang boleh menghiris hati dan perasaan sehingga pada suatu masa hati yang disakiti itu nanti akan sukar untuk disembuhkan kembali.

Image result for cakap orang dia yang lebih
(Credit to the owner)

Namun awas...

Kata-kata ini bukan sahaja mampu melukakan hati insan lain, ianya juga boleh merosakkan hati penuturnya. Jangan dirosakkan lagi hati yang sudah sedia ada rosak itu. Jaga lidah... jaga hati... tepuk dada tanya diri, tanya iman... inikah yang aku mahu? jangan sampai retak menanti belah... jangan sampai yang dekat menjadi jauh... jangan sampai yang putih menjadi hitam...

(Dedicate this ayat to my self yang tengah menaip ini - self reminder)...

Renung diri...

Tak salah rasanya kalau kita bermenolog sendirian... ambil masa sedetik dua merenung kembali kisah diri, peribadi diri, tingkahlaku diri yang terkadang diluar kawalan diri... tanpa sedar atau dalam sedar... rupanya dah ada hati yang terluka dek kata2 yang kita lontarkan... whose know kan? sebab kadang2 orang ni kita tengok luarannya macam okay je tapi kat dalam tu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu... apa hati itu rasa... apa hati itu tanggung... sebab we could not see apa ada dalam hati each and everyone of us...

Lebih baik mencegah dari mengubati...

Sebab kita juga tak tahu apa yang akan jadi in future (terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya)... dan satu perkara lagi sebab mulut kita ni terkadang amat berat nak ucapkan kata2 maaf walaupun dah tahu salah itu datangnya dari diri kita sendiri... sorry seems to be the hardest word kaedahnya... malu nak minta maaf (including me - tak mengata kat orang lain ya)... So sebab tu la kita sendiri yang kena memuhasabah diri kita... kita sendiri yang kena cermin diri... kita sendiri yang kena betolkan diri kita... dan yang paling penting hanya kita sahaja yang betol2 faham diri kita... you know yourself better than anyone elsekan ?... so renung2kan lah...


H.u.r.t

Lidah umpama pedang
Mampu menghiris hati dan sanubari
Berbisa dan berduri
Menusuk dan merobek jauh ke dalam hati
Parahnya membawa lelah
Tajamnya membawa belah

Kalau ikut logiknya akal
Jika tidak mahu disakiti
Jangan menyakiti
Jika tidak mahu dilukai
Jangan melukai

Namun
Terkadang lajunya lidah dari akal
Kata-kata kadang2 tertutur diluar sedar
Maka ada hati yang mula berdarah
Ada jiwa yang mula begetar gusar
Mungkin luka itu tak nampak di mata
Tapi parahnya tetap terasa

Hanya kata2 maaf mampu diberi
Namun mampukah luka di hati sembuh kembali?
Mampukah keyakinan diri tegak berdiri kembali?
Mampukah diri yang di sakiti memaafkan kembali?

Hati yang terluka mungkin akan sembuh kembali
 Namun parutnya pasti tetap ada
Tersorok jauh di dasar hati
Sebab manusia terkadang hanya mampu memaafkan
Tapi bukan melupakan

 So akhir kata dari saya

Maaf jika ada hati yang terluka
Dek kerana mulut yang puaka
Jangan simpan sakit di hati
Kelak parah memakan diri
Jika mahu hidup bahagia
 Jadikanlah maaf memaafkan sebagai pedoman diri

Im-telling-u
24.10.2016
1.38 p.m


Jangan pernah menyakiti orang lain
Kerana mungkin esok kamu jua akan disakiti
Sakit yang kau berikan hari ini
Mungkin esok akan datang bertandang pada diri sendiri

Wanauzubillahhimminzalik... 

So sekian sahaja ayat entah apa2 dari diri ini buat saat ini dan ketika ini... marilah kita sama2 berwaspada dengan setiap kata2 kita mulai hari ini... InsyaAllah tenang hati tenang sanubari...

Ni saya nak dedicatekan lagu Hurt dari Kak Cristina Aguilera... Tetiba pulakkan nak dedikasikan lagu... ahahaha lagu ni tak ada kaitan dengan entry untuk hari ini ya... Sesaja nak tambah playlist blog... pepepon Salam Sejahtera kepada anda semua sampai ketemu lagi kita...!

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...