Sunday, April 16, 2017

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum...

Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah... 

So disebabkan bulan April ni tak ada lagi entry saya post dekat blog ni plus dah lama tak karang resepi... jadinya hari ni nak la tepek resepi ringkas iaitu seperti tajuk di atas... semalam masak benda ni sebab ada udang... makanya saya snap la gambo2 masakan sepantas kilat (hanya sekadar nak dapatkan gambar... sorry as i said previously saya segan nak ambik gambo masakan... sebab memasaknya sikit sajo tapi ambil gambo berlebih-lebihan pula... nanti apa kata orang2 sekelilingkan...) 

Well tanpa melengahkan masa moh le kita tengok apakah bahan2 yang diperlukan untuk memasak Udang Masak Kunyit ni... bahan2nya adalah seperti di bawah:-


Bahan2:

Udang
(Belah bahagian atas and buang segala kotoran di bahagian tersebut... kemudian bersihkan and tabur garam and kunyit secukup rasa...perap selama beberapa minit)

Bawang besar 2 biji (Hiris nipis)
Bawang putih 6 ulas (Hiris nipis/ nak ketuk pon boleh)
Cili api 10 biji (Ikut suka... nak pedas tambah lagi atau nak kurang pedas kurangkanlah cili tersebut...hiris nipis juga)
Tomato 1 biji (Belah empat... pakai 1 biji sebab ada 1 ni jek tomota dekat dapur time tu)
Kacang panjang 4 tangkai (Potong pendek... ada orang kasi so kita pakai la dalam masakan kalau tak ada tak masukkan pon tak apa...no hal)

Penambah rasa yang lainnya macam biasa : sos cili and sos tiram secukup rasa.

im telling u
Step by step

Cara2 membuatnya:

1. Tumis bawang putih, bawang besar and cili yang telah dihiris halus tadi... sehingga naik bau...
2. Kemudian masukkan udang yang telah di perap dengan kunyit and garam tadi... goreng sehingga masak udang... kalau rasa tak cukup minyak boleh tambah sikit lagi masa menggoreng tu...
3. My adik kata masukkan terus kacang panjang tadi sebab katanya tak nak makan kacang panjang keras2 jadinya saya masukkan awal kacang tersebut sebelum udang masak ya... and saya masukkan sekali sos cili and sos tiram secukup rasa... tak lupa juga tomato yang telah di potong 4 tadi and kacau sebati sehingga udang masak and kacang pon dah nampak lembut...
4. Sambil2 tu boleh la rasa kita punya masakan dah cukup rasa ke belum... kalau belum boleh la tambah lagi apa yang patut... and kacau sebati and done! dah siap masakan kita... senang kan? so selamat mencuba!

im telling u
Udang Masak Kunyit
P/s: saya suka menumis sebab dengan menumis ni kita boleh enhance semua rasa bahan2 yang kita tumis tadi dalam masakan kita... even nak buat telur dadar pon saya akan tumis dulu cili dan bawang besar and then barulah masukkan telur yang telah dikepuk...

Friday, February 10, 2017

Pengguanaan kata ganti diri - Daku dan Dikau

Bismillah and Assalamualaikum...

Mari belajar Bahasa...

Penggunaan kata ganti diri - Daku dan Dikau...

Memandangkan saya suka sangat pakai kata ganti diri daku... nak taip sikit la pasal penggunaan kata ganti diri ini... di mana saya pon dah tersalah pakai selama ini... harharhar (hanya mampu gelak sajo)... TAPI kalau ada previous entry yang tersalah penggunaan kata ganti diri daku itu... diri ini ingin memohon maaf di atas ketidakpekaan diri sendiri... untuk entry kehadapan nanti insyaAllah kata ganti diri daku akan digunakan dengan sebetulnya....

Kita cerita sikit la kronologi keterbukaan hati untuk search pasal penggunaan kata ganti diri daku ini yeee...

im_telling_u
"Pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal"

Well satu hari ni... saya terbacalah buku Kisah 25 Rasul (untuk kanak2 punya)... and disebabkan cerita dia terlampau pendek, almaklum la untuk kanak2 punya... makanya untuk diri ini maklumat jadi tak berapa nak lengkap sebab tak sesuai dengan usia pemikiran dan tahap curiosity ... jadinya saya baca la buku yang lagi tebal (sesuai dengan usia la kot...)... and buku tu terbitan tahun 1980an... dah lama sangat dah... sebelum ni saya pernah baca... tapi masa berlalu semuanya dah lupa... bila baca balik owhhh ingat2 (memori datang kembali kaedahnya)... penggunaan bahasa di dalam buku tersebut agak klasik... makanya semasa membaca saya dapati... ayat2 di dalam buku tersebut banyak juga menggunakan kata ganti diri daku ini... dan diselang-seli dengan penggunaan kata ganti diri saya, aku dan sebagainya... time ni la saya terfikir ada ke syarat2 untuk menggunakan kata ganti diri daku ini? (soalan apekah ini?)... makanya dengan maklumat di hujung jari sajo terjumpalah beberapa blog yang menerangkan tentang perkara di atas... dan ringkasannya adalah seperti di bawah...

Ringkasannya...
  • Kata ganti diri daku dan dikau boleh digunakan sekiranya ayat terakhir sebelum penggunaan kata ganti diri ini berakhir dengan huruf n.
  • Contohnya: maafkan daku, dengan dikau, akan daku, ingin daku, jangan dikau etc....
Simple sangat penjelasannya... tapi yang simple ni jualah saya tersalah pakai...

Entah la masa belajar Bahasa di sekolah dulu ada ke tidak silibus pasal perkara ini... kalau ada maafkan saya Cikgu... anak murid mu ini memang pelupa orangnya... we learning from mistakekan... kalau ada salah silap marilah kita betulkan... kalau korang ada nak komen apa2 silakanlah... komen anda amatlah di alu-alukan... and dekat bawah ni buku yang diperkatakan itu... dah lusuh teramat dah... adalah jua niat nak anto buku ni ke tempat yang boleh buat pembaharuan muka buku untuk buku2 lama... dekat Malaysia ni ada ke kedai2 yang berkaitan? sorry saya tak berapa nak tahu pasal perkara ini... kalau anda ada sebarang maklumat sila la share di sini ya and terima kasih in advance to you...

im_telling_u
This book is belong to someone that i used to know tapi tak pernah jumpa

So sekian sahaja untuk hari ini... sampai ketemu lagi di lain waktu...

Terima kasih and assalamualaikum... 

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...