Friday, January 29, 2016

Resepi : Spaghetti prawn olio


http://im-telling-u.blogspot.my/
"Versi sesedap rasa"
Bismillah and Assalamualaikum...

Salam jumaat... penghulu segala hari... hari ni saya nak kongsikan kepada anda satu lagi resepi yang simple...disebabkan hari ni kat rumah ada udang lebih sikit and adik kesayangan dah belikan kita chili flake yang harga RM3 satu bungkus...jadi kita pon merajinkan diri masak spaghetti ala-ala aglo e olio ikut versi sesedap rasa... kalau dilihat dari gambar di sebelah ni nampak macam simple je kan... almaklum kita pakai bahan-bahan yang dah sedia ada je...if tambah lada banggala lagi okay rasanya... 

Jadi macam biasalah saya punya cara penulisan untuk setiap resepi dalam blog ni memang ikut cara agak-agak bagi sukatan bahan-bahan masakan yang digunakan... harap anda semua dapat menerimanya dengan hati yang terbuka...bukan sengaja berbuat begitu tapi memang diri ini tak pandai nak measure bahan secara terperinci...미안해... Jadi tanpa melengahkan masa lagi jom kita masak! Owh ya, hari ni saya masak dalam kuantiti sedikit je jadi semua bahan pon sedikit sahaja. Bahan-bahan dan cara memasaknya adalah seperti di bawah: 





Spaghetti prawn olio 

Bahan-bahan:

Bahan A
  1. Separuh peket spaghetti
  2. Sedikit garam and minyak
  3. Air
Bahan B
  1. 3 genggam udang segar (dibuang kulitnya)
  2. 4 biji cili api (chop) - just nak bagi rasa pedas sikit sebab lepas tu saya tabur chili flake/boleh juga pakai lada hitam if tak pakai kedua-dua bahan ini
  3. 1 biji bawang besar (chop)
  4. 6 ulas bawang putih  (chop)
  5. 1/2 tin cendawan butang (chop)
**Penambah rasa lain ialah sos tiram and sos cili

Okeh mari mula masak
  1. First macam biasa, didihkan air masukkan spaghetti tadi ke dalam air and masukkan sedikit garam, sedikit minyak dan biarkan sehingga lembut @ masak. Bila dah masak bolehlah toskan and letak tepi.
  2. Untuk menumis/memasak/menggoreng pula masukkan minyak masak (pastikan minyak cukup untuk memasak udang dan cendawan nanti), kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan cili yang dah pon dipotong tadi ke dalam kuali. Tumis sampai keluar bau lepas tu masukkan udang. Masak udang sehingga kemerah-merahan/masak kemudian masukkan cendawan tadi kacau seketika.
  3. Saya biasanya akan masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati bahan-bahan di atas. Selepas itu barulah masukkan speghetti yang ditos tadi ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati dengan bahan-bahan yang dah dimasak tadi. Lastly, untuk penambah rasa pula anda bolehlah masukkan sedikit sos cili dan sos tiram sesedap rasa dan gaul sebati. 
Sekian resepi saya untuk hari ini. Selamat mencuba!!! Seperti biasa jika anda mempunyai sebarang cadangan atau tips bolehlah kongsikan bersama...TQSM...

No comments:

Post a Comment

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...