Friday, December 2, 2016

Resepi : Kuih Keria

Bismillah and Assalamualaikum...

Sebab dua tiga menjak ni kita tengok glamor plak kueh keria ni dekat media sosial... jadinya kita pon nak try la buat juga... dengan rasa confident and yakinnya daku start la step pertama membuat dohnya dengan menggunakan resepi seperti nak buat Cek Mek Molek (boleh refer link ya)... jadi macam biasa la ye saya punya resepi ikot gaya penaakulan sendiri tiada sukatan yang sebenar-benarnya... 

Bahan2:

10 ketul ubi keledek 
2 sudu marjerin
Sedikit garam
Tepung Gandum
1 cawan gula 
1/2 cawan air


Imtellingu
Ubi keledek ni saiznya kecik2 jek stakat pakai 10 biji banyak mana jek doh yang dapat lepas uli dengan tepung - tapi please make sure rasa ubi lebih dari rasa tepung ya.


Cara2 membuatnya:

1. Rebus ubi keledek tadi sehingga empuk dan toskan (saya biasanya rebus sekali dengan kulitnya, lepas empuk baru kupas kulit masa ubi tersebut masih dalam keadaan panas - tapi if nak kupas dulu kulit ubi tersebut sebelun rebus pon tak apa juga no problem).
2. Selepas dikupas kulitnya... dalam keadaan ubi masih lagi panas, masukkan marjerin dan sedikit garam. Kemudian lenyek sehingga sebati dan sejukkan.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sebati sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh tadi seperti donut yang bersaiz kecil sehingga habis (boleh refer gambar step by step di bawah).
5. Panaskan minyak dan goreng doh yang sudah siap dibentuk tadi sehingga kuning keemasan. Angkat dan sejukkan buat seketika.
6. Dalam pada itu bolehlah masukkan air dan gula tadi ke dalam kuali untuk proses menyira. Buka api kecil tunggu sehingga air gula tadi berbuih pekat, bolehlah masukkan doh yang dah masak tadi ke dalam kuali dan kacau rata sehingga air gula menjadi sira (tutup api sebelum sira betul2 menjadi keras - terus kacau dan angkat sebelum kuih melekat antara satu sama lain) dan siap!!!

Nota: yang saya punya tuh pakai 1 cawan air 2 cawan gula tu yang gula melampau sangat2 (first trialkan)... tapi anda bolehlah kurangkan tahap kemanisan tersebut... 


Imtellingu
Step by step


Okeh sekian sahaja untuk hari ini... selamat mencuba kepada yang ingin mencuba!!! lepas ni nak try buat pakai gula melaka pula... huhuhu

Sekian dari saya...

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...