Thursday, December 24, 2015

Resepi : Ikan Tenggiri Bistik

Bismillah and Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul… disebabkan hari ini macam ada masa sikit jadi boleh la duk relax kejap buka handphone and karang entry… hari ni kita duk dapur masak-masak je… so sebab alang-alang dah duk dapur ni nak kongsi sikit resepi ringkas yang insyaAllah tetap menyelerakan… as usual saya punya gaya penulisan untuk entry Foody lebih kepada gaya agak-agak… tak ada specific measurement untuk bahan-bahan masakan… saya punya bahan-bahan ni adalah untuk memasak dalam kuantiti yang banyak… jadi jangan terkejut kalau ada kuantiti bahan yang banyak…

Jika anda ada sebarang tips untuk dikongsikan bolehlah kongsikan bersama di bahagian komen... nota ini adalah untuk diri sendiri juga… kerana blog ini juga merupakan medium untuk saya membuat catatan… mana nak ingat resepi sebab bukannya selalu masak lauk yang sama je tiap-tiap hari… saya juga bukanlah tukang masak yang rajin…. okey tanpa melengahkan masa jom kita masak! Bahan-bahan dan cara masakan adalah seperti di bawah:

Ikan tenggiri bistik


Bahan-bahan:

Ikan tenggiri
(dipotong dan dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam sebelum digoreng)
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
20 biji lada burung
(Ketiga-tiga bahan ini ditumbuk untuk ditumis)
½ botol sos tomato
½ botol sos cili
1 sudu asam jawa
(Kacau asam jawa dengan sedikit air sehingga sebati)
2 biji lada besar
4 biji tomato
3 biji bawang besar
(Mayang bawang dan lada, potong tomato)
Sedikit gula dan garam
(Secukup rasa)

Cara memasak:

1. Tumis lada burung, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi
2. Selepas naik bau masukkan sos tomato, sos cili dan air asam jawa tadi kacau sehingga sebati (if rasa terlalu pekat masukkan sedikit air)
3.  Masukkan bawang besar dan lada  besar yang telah dimayang sekali dengan tomato yang telah dipotong tadi dan kacau lagi
4. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa
5.  Lepas dah siap part sos tadi bolehlah masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau sebati… 

Selamat mencuba!!!

Monday, October 12, 2015

Resepi : Makaroni Bakar

Bismillah dan Assalamualaikum...

Untuk entry kali ni saya rasa macam nak share resepi masakan...saya tak ada la pandai masak sangat tapi bila rasa nak makan kena la rajin-rajinkan diri masuk dapur...just nak share simple resepi yang memang antara kegemaran...Saya tak tahu precisely kuantiti setiap ingredient dalam masakan sebab biasa pakai gaya agak-agak dengan ikut sedap mulut merasa time tengah duk masak tu...tapi saya nak try jugak tulis, harap menjadi... insyaAllah...

Owh ya harap bersabar masa baca part bahan-bahan and cara nak masak...sebab saya bukan Anna Olson...bukan juga tukang masak handalan...bab nak menulis resepi memang out terus... selamat mencuba bagi yang nak mencuba...Sebenarnya memasak pun boleh jadi salah satu terapi diri...selain tu boleh jimatkan kos tak perlu belanja duit lebih if ada rasa nak makan something special...tapi make sure memasak lebih berbaloi dari membeli...takut-takut nak berjimat tapi lain pulak jadinya...


Makaroni bakar

Bahan-bahan:

Bahan A
  1. 400g makaroni (biasa pakai Kimball)
  2. Sedikit garam and minyak
  3. Air
Bahan B
  1. 7 biji cili api (nak pedas tambah banyak sikit ikut citarasa)
  2. 1 biji bawang besar 
  3. 6 ulas bawang putih  
  4. Bebola daging (biasa pakai Saudi)
  5. Cendawan butang (biasa pakai ayam brand tin sedang)
- Sila mayang cili api dan bawang putih. Potong dadu bawang besar. Belah dua bebola daging and potong nipis-nipis cendawan tadi

Bahan C
  1. 1 kiub pati ayam (biasa pakai yang Knorr @ maggi)
  2. 2 pek serbuk kari (biasa pakai yang adabi pek kecil sekali)
  3. Penambah rasa lain ialah sos tiram and sos cili
Bahan D
  1. 4 or 5 biji telur (ikut saiz bekas masa nak bakar agak-agak tenggelam makaroni tu kira ok la)
  2. Cheese cheddar (ikut saiz bekas masa nak bakar untuk tutup seluruh surface makaroni)
- Sila kepuk telur sehingga sebati antara telur putih dengan kuning

Okeh mari mula masak
  1. First macam biasa didihkan air masukkan makaroni tadi ke dalam air and masukkan sedikit garam, sedikit minyak dan biarkan sehingga makaroni jadi lembut @ masak. Bila dah masak bolehlah toskan and letak tepi.
  2. Untuk menumis/memasak/menggoreng pula masukkan minyak masak, masukkan bawang putih dan cili yang dah pon dipotong tadi ke dalam kuali. Tumis sampai keluar bau lepas tu masukkan bawang besar and cendawan tadi kacau seketika and masukkan bebola daging tadi goreng sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari adabi tadi, kiub pati ayam, sedikit air and kacau dan biarkan seketika.
  4. Lastly masukkan makaroni yang dah ditos tadi and kacau sehingga sebati...masa ni try rasa okay ke tidak rasanya if terkurang rasa masukkan sedikit sos tiram and sedikit sos cili kacau lagi sehingga sebati...if dah okay kiranya kita punya makaroni untuk fasa pertama dah pon siap.
  5. Untuk fasa kedua pula ambik bekas besi @loyang masukkan makaroni yang siap digoreng  tadi and masukkan telur yang telah di kepuk tadi perlahan-lahan hingga paras makaroni/ makaroni tenggelam sikit dari telur tadi. Padatkan makaroni dengan garfu or sudu dengan menekan-nekannya kebawah dengan perlahan-lahan
  6. Bila dah okay masukkan loyang tadi ke dalam ketuhar. Bakar dengan suhu 180° selama 40 minit atau sehingga masak. If nak tahu dah masak ke belum biasa saya cucuk pakai garfu untuk tengok samaada dah okay ke tidak.
Selamat mencuba!!!


Gambar produk separa siap dan selepas siap

Wednesday, October 7, 2015

Ikhlas dari hati @ kholbu

Bismillah dan Assalamualaikum...

Kali ini saya ingin kongsikan kisah hati yang tidak dapat kita nilai dengan pancaindera, amat sukar untuk ditelah, payah untuk diperolehi. Ianya amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Dan mungkin juga saya serta kamu senangtiasa menyebutnya sehari-hari dan senangtiasa juga mendengarnya. Ianya tak lain dan tak bukan I.K.H.L.A.S.

"ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan diatas batu hitam pada malam yang gelap gelita" pepatah ini menunjukkan betapa sukarnya untuk kita menilai dan mentafsir ikhlas itu. Moga-moga pada setiap yang kita lakukan dan pada setiap yang kita tuturkan ikhlas itu ada dan moga-moga ikhlas itu juga berkat dipandanganNya.

Ikhlas datangnya dari hati dan hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan hati manusia dapat "hidup" dan tanpanya juga manusia boleh "mati". Hati dalam kehidupan manusia terbahagi kepada dua dan kedua-duanya berperanan penting dalam memastikan kesinambungan hidup kita seharian.

Didalam tubuh badan kita terdapat satu organ penting yang diberi nama hati. Hati ini merupakan organ kedua terbesar didalam tubuh badan kita. Ianya berfungsi bagi memastikan keseimbangan tubuh badan kita agar sentiasa sihat. Jika hati ini rosak maka akan terjejaslah kesihatan tubuh badan kita.

Selain daripada itu kita juga dikurniakan hati yang tidak dapat dirasa dan dilihat oleh pancaindera, dikenali sebagai mata hati @ hati nurani. Hati ini berfungsi sebagai peneraju dan pemandu dalam setiap perbuatan dan tingkahlaku kita. Namun jika hati ini mati maka hidup tidak lagi bererti yang mana akan rosaklah perbuatan dan akan pincanglah tingkahlaku.

(Credit to the owner)


Seikhlas Hati

Bagaimana harus aku katakan
Bagaimana harus aku lakukan
Agar setiap bait tutur kataku kedengaran jujur ditelingamu
Agar setiap perilakuku tampak ikhlas dimatamu
Bagaimana harus aku terjemahkan jujur dan ikhlas itu
Kerana ianya amat sukar untuk dinilai  
Kerana jujur dan ikhlas itu tidak mampu untuk dilihat oleh mata tidak juga mampu untuk ditelah oleh hati
Terlalu sukar untuk aku katakan yang diri ini jujur dan ikhlas 

Kerana 
Ikhlaskah aku jika aku katakan yang aku jujur dan ikhlas 
Ikhlaskah aku jika semua yang kau mahukan aku turuti
Jujurkah aku jika semua yang kau katakan aku iakan
Mahukah kau percaya dan mahukah kau katakan yang aku jujur dan ikhlas 

Namun
Walau apa jua tafsirmu
Aku ingin kau tahu yang aku tidak mampu untuk menyatakan nilai jujur dan ikhlas itu
Setiap perbuatan yangku lakukan adalah semampuku dan setiap tutur kata yangku lafazkan adalah semahuku
Kerana hanya Allah s.w.t yang tahu
Dia jualah yang mampu untuk menilai jujur dan ikhlas itu
Dan kerana  قلب  ini milikNya


Im-telling-u
07.10.2015
12.45 a.m

Wednesday, September 30, 2015

Sweetheart

Bismillah dan Assalamualaikum...

Firstly saya nak ucapkan terima kasih kepada kamu yang sudi membaca kisah ini...kisah yang tidak seberapa...i'm not a full time blogger, so it might takes time for every post. Saya harap kamu yang membaca blog ini dapat bersabar dengan tahap update post yang slow ini...미안해

Sweetheart...saya pasti setiap daripada kamu mempunyai sweetheart...saya definisikan disini sweetheart bukan hanya kekasih hati tetapi lebih kepada keseluruhannya boleh jadi kedua ibu bapa, adik-beradik, sahabat-handai dan sebagainya...dalam hidup ini kita pasti akan mengalami saat bertemu dan berpisah...kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya...

Perpisahan samaada semasa hayat masih ada ataupun berpisah kerana ajal telah datang menjemput...mungkin isinya tidak seceria tajuk namun itulah hakikat hidup kerana setiap dari kita pasti akan merasai mati..."innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiu'uun"...dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Tak salah jika kita merindui orang yang telah tiada asalkan tidak berlebih-lebihan... rinduilah mereka in a good way...doakan mereka, kata yang baik-baik dan mintalah yang baik-baik untuk mereka, redho dengan pemergiaannya...kerana apa yang hilang pasti akan digantikan dengan yang lebih baik...insyaAllah...

Maka bilamana musibah menimpa berdoalah kepadaNya:

"Ya Allah, berilah aku pahala atas musibah yang menimpaku dan berikan aku pengganti yang lebih baik"


Sweetheart

Rasa manis di dada
Bilamana memori menyapa minda
Terkenangkan kamu yang jauh di mata tetapi dekat di hati
Hati ini mulai berlagu riang
Mengundang senyum manis di bibir
Rindu mulai hadir mengetuk pintu hati
Hanya Tuhan yang tahu dan mengerti akan rasa rindu ini
Aku sayangkan kamu seperti mana kamu menyayangi aku
Kamu yang telah mewarnai hidup ini
Yang telah mengajar aku erti kasih dan sayang
Yang telah mengajar aku erti ketenangan
Yang telah mengajar aku erti kehidupan
Kenangan bersamamu masih utuh diingatan
Serasa baru seperti semalam kita bertemu
Kamu sweetheartku akan tetap bertakhta di hati ini
Walau bertahun...walau selama hayat ini kita tidak ketemu
Hanya doa dan ingatan tulus ikhlas dapat ku titipkan agar Allah sentiasa merahmatimu
Semoga tenang kamu disana
Semoga bersama para solehin jualah tempatmu
Demi Allah pada saat dan ketika ini aku rindu
Al-fatihahku kirimkan tanda ingatanku padamu
Tanda sayang dan rinduku padamu
Moga disyurgaNya kita bertemu kembali


Im-telling-u
29.09.2015
11.51 p.m

Monday, September 14, 2015

Benci "benci"

Bismillah dan Assalamualaikum...

My second post... tajuk double meaning... benci kepada benci.... benci untuk membenci.... saya rasa ramai yang ada perasaan ni...if you still have this feeling maknanya anda masih berperasaan..if you know what i mean...dari benci membenci baiklah benci kepada benci...Saya rasa perasaan benci ni sangat memenatkan and this is totally unhealthy untuk jiwa dan pemikiran kita.

Selagi boleh ambil yang jernih buang yang keruh lakukanlah apa yang terbaik untuk tidak membenci dan selebihnya serahkan pada yang Esa kerana hati ini milikNya. Sekali lagi saya katakan im writing just to express my feeling and emotion please no hating.


Galau

Resah gelisah antara nyata dan mimpi
Hati berbolak balik antara benci dan sayang
Sakit...rasa sakit kerana bila hati membenci jiwa jadi parah otak jadi lemah
Kenapa rasa ini perlu ada dalam diri
Mana mungkin rasa ini membawa kebaikan pada diri hatta orang lain
Muhasabah diri istighfar moga rasa ini berlalu pergi
Takut akan maha Pencipta berdosakah aku kerana membenci?
Namun diri hanya insan biasa
Kerana rasa itu sekejap datang sekejap pergi
Hanya padaNya aku berdoa agar diri tidak membenci
Moga diri tidak dibenci
Moga galau berlalu pergi


Im-telling-u
13.09.2015
11.59 p.m

Sunday, August 30, 2015

Tiada tajuk

Bismillah dan Assalamualaikum...

Intro dan salam perkenalan dari saya... saya tak pandai menulis dan mengarang...just want to share my feeling and emotion please no hating...


Khilaf seorang insan

Hidup selalu ingin mencuba
Jiwa muda ingin meneroka
Dunia baru penuh panca roba
Jiwa penuh suka duka

Insan selalu diuji taatnya kepada agama
Sekuat mana dan seteguh mana imannya

Bahtera tanpa nahoda karam akhirnya
Rumah tanpa tiang roboh jadinya

Lalu hidup ini bagaimana
Perlu apa jadinya

Merenung tujuan manusia dijadikan didunia
Apa perlunya apa tujuannya

Bila diri tersedar akan apa khilafnya dan apa perlunya
Hati terbuka dan diri tersedar dari leka

Moga belum terlambat untuk mencari hidayah dariNya
Moga istikhomah sampai akhirnya

Doaku pada yang Esa
Moga hidup dan matiku dalam agamaNya


Im-telling-u
30.08.2015
9.42 p.m

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...