Bismillah and Assalamualaikum...
Okeh hari ni just nak tepek resepi jek... tak nak cakap banyak... so kita terus kepada bahan-bahan dan cara membuatnya... owh ya macam biasa saya tak ada spesifik measurement untuk bahan2... semua pakai kaedah agak2... harap maklum... sila rujuk gambar di bawah....
![]() |
| Step by step |
Bahan2:
☆ 5 ketul ubi keledek (direbus)
☆ 2 sudu mentega
☆ Tepung gandum
☆ Sedikit garam
☆ Gula (untuk isi dalam)
Cara2 membuatnya:
- Ubi keledek yang dah direbus perlu dibuang kulitnya terlebih dahulu. Kemudian dipenyekkan ia bersama dengan mentega (ketika ubi tadi masih lagi panas).
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berserta secubit garam ke dalam adunan ubi keledek tadi.
- Uli sebati adunan tersebut sehingga tidak melekit/ melekat (jangan masukkan terlampau banyak tepung gandum takut rasa ubi kurang nanti).
- Bentukkan seperti gambar di bawah. Jangan lupa masukkan gula terlebih dahulu.
- Kemudian bolehlah panaskan minyak untuk menggoreng... goreng sehingga ianya bertukar kepada warna golden brown and bolehlah terus angkat dan hidangkan...
![]() |
| Okeh dah pon siap! Tadaaa! Selamat mencoba kepada yang ingin mencoba! |
P/s: Dah lama tak dedikasikan lagu... so sempene bulan Ramadhan ni terimalah Ramadhan by Maher Zain... saya dah jarang wat kuih sekarang kadang2 resepi pon dah lupa...


No comments:
Post a Comment