Friday, June 10, 2016

Review: Contengan Jalanan

Bismillah and Assalamualaikum...

Contengan Jalanan

Hai awak-awak semua.....! Jumpa lagi kitakan...ahahaha sila lupakan ayat konon-kononnya busy sepanjang Ramadhan dalam entry sebelum ini... ni kira tak brape nak busy la sebab tu ambik masa taip sat entry baru gituu...so amacam puasa tahun ni? Okay? Harap-harap smooth la ye dari awal hingga akhir nanti... jadi alkisahnya hari ni kita nak review novel la plak... nape tiba2 nak review novel plak? Well nak dijadikan cerita petang tadi diri ini terkeluar la cerita pasal novel ni (tajuk seperti di atas) dekat Emma (merangkap rakan sekerja)...

Saya bagi la sedikit sebanyak sinopsis pasal novel ni (setakat yang saya ingat sebab dah lama baca) antara kandungan sinopsis tu more on karakter sampingan novel ni yang bernama Chad (betol kot ejaannya)... Chad ni kiranya sepupu kepada salah seorang watak utama novel ni (tak ingat pula dia ni sepupu si Fend ke atau pun sepupu si K²)... Harap maaf la ye kalau review amat mengecewakan sebab saya nak cerita setakat yang saya ingat sajo...ahaha nak test memori okay ke idop kaedahnya... and petang tu jugak dengan novelnya sekali saya kasi kat Emma suh baca... 

Selain daripada tu apa yang amat terkesan sekali and mengapa saya nak review sangat pasal novel ni adalah kerana situasi dalam cerita ni ada berlaku dalam bulan Ramadhan... ni antara kisah si Chad dengan sepupunya itu... macam mana diorang spend diorang punya bulan Ramadhan di perantauan sebagai backpackers... and etc...etc... sebenarnya ambik masa juga le untuk saya mula start baca novel ni and masa diambil pon amat panjang tapi bila saya dah boleh adapt jalan ceritanya barulah boleh baca sampai habis terus... and the most memorable part is the quote in the novel... saya rasa melalui quote ni the whole story dah pon terjawab... sebab maksudnya yang amat mendalam... 

So kat bawah ni saya tepekkan sekali sinopsis yang proper sket...takut2 ada yang frust baca review saya ni... maafkan saya... saya ni takkan baca buku 2x walau minat banyak mana sekali pun... so far buku ni memang ada dalam ingatan... so amat2 direkomenkan kepada anda yang belum baca lagi dan tengah mencari bahan bacaan... harap sinopsis ni idop le mematikan mood para penggemar novel ni... saya ada banyak lagi novel dari penulis yang sama cuma tak ada masa lagi nak baca (separuh dah baca separuh lagi belum)... so tanpa melengahkan masa please enjoy the proper synopsis novel ni... and tq sebab sudi baca entry ni sampai habis!


   The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th.
Sinopsis
I – Fend 
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. 
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’. 
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.  
II – K² 
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. 
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza. 
Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza. (Link)

P/s: taip dari semalam tapi tak sempat habis menaip jadi waktu teranjak sehari...

No comments:

Post a Comment

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...