Sunday, February 21, 2016

Resepi : Kuih Cara Manis

Bismillah dan Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak buat sebarang kuih... so hari ini saya rasa macam nak buat kuih traditional... cara-cara dan bahan-bahannya tersangat la ringkas... kita pakai barang yang dah sedia ada sahaja di rumah... di sebabkan adik saya yang sorang ni memang suka beli perkakas memasak so kita punya bekas acuan bagi kuih ni sememangnya dah available kat rumah...jadi apa lagi misi mengacau adunan kuih pun bermula...

Saya lebih suka buat kuih traditional berbanding kuih/kek modern... kalau kek berbanding biskut pula, saya lebih prefer buat biskut lagi... tak tau kenapa tapi kalau nak diikutkan minat diri ini memang begitulah gayanya... bagi saya kuih traditional atau biskut ni kalau adunannya tak ikut sukatan yang betol pun still boleh consider sebagai menjadi lagi berbanding kalau kita nak buat kek ni... satu lagi mungkin juga sebab saya ni bukanlah seorang yang rajin sangat nak menyalin resepi-resepi ni...tapi sejak dua menjak ni macam extra rajin pulak duk mengarang and menaip resepi...

Owh ya satu lagi perkara sebelum terlupa... kalau anda semua perasan saya punya blog ni memang sekerat-sekerat je gambar yang di upload... maafkan saya... saya ni memang tak berapa gemar nak ambik gambar sangat... lagi satu apa orang duk kata kalau masaknya sedikit sahaje tapi ambik gambarnya lebih-lebih pulak... malu la kita nanti... tak mampu saya nak buat muke seposen... Okay tanpa melengahkan masa lagi mari kita mulakan! harapnya resepi ni menjadi la ya dan moga-moga senang untuk dibuat... Dengan itu bahan-bahan dan cara membuat Kuih Cara Manis adalah seperti di bawah:-

Kuih Cara Manis

Bahan-bahan:
1 cwn air pandan
1 cwn susu full cream
1 biji telur
1 cwn tepung gandum
Garam secukup rasa (untuk rasa lemak-lemak masinnya)

Bahan tambahan:
Gula (untuk ditaburkan di atas kuih nanti)
Sedikit minyak (untuk disapukan di atas acuan kuih supaya kuih tak melekat di acuan)

Okeh mari kita mulakan... Caranya adalah semudah 1, 2, 3... sila rujuk gambar di bawah....

http://im-telling-u.blogspot.my
Step by step
  1. Campurkan kesemua bahan utama seperti di atas and kepuk/gaul ia hingga sebati
  2. Kemudian bolehlah panaskan acuan tadi and sapu sedikit minyak/marjerin untuk mengelakkan adunan dari terlekat di acuan... lepas tu boleh la tuang adunan ke dalam acuan sedikit demi sedikit
  3. Tabur/letakkan sedikit gula (secukup rasa) di atas adunan tadi sebelum ianya masak sepenuhnya supaya gula tadi dapat menyerap masuk ke dalam adunan
  4. Tutup seketika adunan yang sedang dipanaskan tadi dengan penutup kuali atau apa-apa sahaja yang sesuai supaya kuih kita ni nanti boleh masak sekata
  5. Tunggu sehingga ianya betol-betol masak... bolehlah cucuk adunan tadi pakai garfu/apa-apa sahaja benda yang sesuai untuk tengok sama ada kuih kita ni da masak sekata ke belum... lepas tu if dah confirm masak secara keseluruhan seperti gambar No. 3 di atas maknanya kuih kita dah pon siap!

Okay sekian sahaja dari saya untuk hari ini... Selamat mencuba!!!

P/S: Rasanya pakai santan mesti lagi umphhh.... nanti insyaAllah kita nak try buat pakai santan pula. Ni resepi cedok dari internet tapi orang lain yang tolong searchkan..kita main buat je lepas die sebut semua bahan-bahan yang perlu ada...tak tau pula blog mana yang di usharnya... apa-apa pun kredit juga untuk tuan punya resepi...terima kasih...merasa Mak kita makan kuih cara semalam. Ni entry semalam punya karang tapi tak sempat nak habiskan so hari ni baru kita post...okay jumpa lagi dilain waktu...Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...