Thursday, December 29, 2016

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat

Bismillah and Assalamualaikum...

Just nak catit resepi untuk kegunaan sendiri... tapi kalau kamu2 nak pakai sebagai rujukan pun silakan lah... tapi sebelum tu maaf la ye macam biasa resepi saya kebanyakannya pakai gaya agak2 (konon2 macam master chef yang teror memasak itu sedangkan hakikat sebenar nan-hado jua)... seperti biasa juga portion masakan memang agak banyak sebab saya ni dari keluarga yang agak besar seharusnya sekali masak macam nak buat kenduri gayanya...

First resepi berkaitan dengan Ikan Cencaru Sumbat ni saya dapat dari kakak... time tu saya tengah buat praktikal kot... menyewa bilik je dengan kawan sorang lagi (biar saya panggil dia Rozi but not Amy)... jadi kalau kita nak masak time tu kena minta izin dulu la dengan tuan rumah... barang2 masak pun pinjam yang tuan rumah (tapi bahan2 nak masak tu Sdn Bhd la kan idop le nak ambik yang tuan rumah jua)... kitorang time tu memang tak berapa nak pandai masak sangat (sekarang pon sama)... so masa minta resepi tuh terkejut la si kakak sebab adiknya tetiba pula rajin nak masak siap minta resepi segala... try jua mencari catitan resepi pertama tapi tak jumpa pula... yang ada buku resepi terbaru sajo tapi separuh buku pun tak habis pakai lagi... huhuhu

So yang ni sebenarnya dah lama buat cuma tak terpost je... ni pun baru nak karang post... hari ni memang resepi simple habis... portionnya sila rujuk gambar sebab bahan2 saya just taip secara asasnya sahaja tanpa sukatan... harap bersabar la ye... saya yakin anda2 semua mampu lakukannya! Kat bawah ada saya sertakan gambar step by step... harap ianya dapat membantu...

Okeh lets get started!

Bahan2:

Ikan Cencaru (Belah bahagian atas dan perut)

im_telling_u
Selepas dicuci, belah bahagian perut dan bahagian atas ikan

Lada Kering (rendam dalam air panas terlebih dahulu dan toskan)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Sedikit Belacan
Gula dan Garam secukup rasa
(Kisar kesemua bahan di atas sehingga sebati)

Air Asam Jawa 

im_telling_u
Step by step
Cara2 Membuat:

1. Bahan yang di kisar tadi di gaulkan dengan air asam jawa sehingga sebati.
2. Bolehlah masukkan campuran bahan tadi ke dalam setiap belahan ikan sebanyak mungkin.
3. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sebati
4. Done!

Seterusnya ikan cencaru sumbat kita bolehlah digoreng...

Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba!

Sekian sahaja untuk hari ini... Assalamualaikum...

P/s : Rozi but not Amy nama baru sebab dia kata nak tukar nama jadi Amy lepas dengar lagu JJY - Amy... tapi tak jadi tukar... tu yang jadi but not Amy tu... saya pun tak dengar lagi lagunya macam mana... so di kesempatan ini saya dedikasikan lagu ini kepada kamu2 semua yang sedang membaca entry ini... enjoy the song! tapi jangan pula nanti ada yang nak tukar nama jadi Amy lepas dengar lagu ni suda... 

Friday, December 9, 2016

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati


Bismillah and Assalamualaikum...


Salam Jumaat... Hari ni just nak share salah satu doa yang sering di baca oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w... 

Moga bermanafaat - sharing is caring 😊... 

Beserta dengan video sebagai rujukan - sila ke link ini ye... 


Image result for ya muqallib al qulub
(Credit to the owner)


Mari kita praktikkan bersama2... tak panjang mana pon doanya... kejap je hafal ni boleh ingat... 
insyaAllah...

Owh satu lagi hari ni nak dedicate nasyeed dari Kumpulan Mawaddah - Luruskan Hatiku Tuhan untuk kamu2 yang sudi membaca entry ini... Selamat berhujung minggu ya...

So sekian sahaja untuk hari ini... 

Assalamualaikum,...

Friday, December 2, 2016

Resepi : Kuih Keria

Bismillah and Assalamualaikum...

Sebab dua tiga menjak ni kita tengok glamor plak kueh keria ni dekat media sosial... jadinya kita pon nak try la buat juga... dengan rasa confident and yakinnya daku start la step pertama membuat dohnya dengan menggunakan resepi seperti nak buat Cek Mek Molek (boleh refer link ya)... jadi macam biasa la ye saya punya resepi ikot gaya penaakulan sendiri tiada sukatan yang sebenar-benarnya... 

Bahan2:

10 ketul ubi keledek 
2 sudu marjerin
Sedikit garam
Tepung Gandum
1 cawan gula 
1/2 cawan air


Imtellingu
Ubi keledek ni saiznya kecik2 jek stakat pakai 10 biji banyak mana jek doh yang dapat lepas uli dengan tepung - tapi please make sure rasa ubi lebih dari rasa tepung ya.


Cara2 membuatnya:

1. Rebus ubi keledek tadi sehingga empuk dan toskan (saya biasanya rebus sekali dengan kulitnya, lepas empuk baru kupas kulit masa ubi tersebut masih dalam keadaan panas - tapi if nak kupas dulu kulit ubi tersebut sebelun rebus pon tak apa juga no problem).
2. Selepas dikupas kulitnya... dalam keadaan ubi masih lagi panas, masukkan marjerin dan sedikit garam. Kemudian lenyek sehingga sebati dan sejukkan.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sebati sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh tadi seperti donut yang bersaiz kecil sehingga habis (boleh refer gambar step by step di bawah).
5. Panaskan minyak dan goreng doh yang sudah siap dibentuk tadi sehingga kuning keemasan. Angkat dan sejukkan buat seketika.
6. Dalam pada itu bolehlah masukkan air dan gula tadi ke dalam kuali untuk proses menyira. Buka api kecil tunggu sehingga air gula tadi berbuih pekat, bolehlah masukkan doh yang dah masak tadi ke dalam kuali dan kacau rata sehingga air gula menjadi sira (tutup api sebelum sira betul2 menjadi keras - terus kacau dan angkat sebelum kuih melekat antara satu sama lain) dan siap!!!

Nota: yang saya punya tuh pakai 1 cawan air 2 cawan gula tu yang gula melampau sangat2 (first trialkan)... tapi anda bolehlah kurangkan tahap kemanisan tersebut... 


Imtellingu
Step by step


Okeh sekian sahaja untuk hari ini... selamat mencuba kepada yang ingin mencuba!!! lepas ni nak try buat pakai gula melaka pula... huhuhu

Sekian dari saya...

Assalamualaikum...

Monday, October 24, 2016

Kata-kata dari lidah

Bismillah dan Assalamualaikum...

Kata-kata dari lidah kadang-kala boleh menyenangkan hati yang lara namun ianya juga mampu menyakitkan hati yang tenang dan meresahkan hati yang sudah sedia ada gelisah. Pernahkah kamu mendengar akan pepatah  ini "terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya", "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" mahupun "diam itu lebih baik dari berkata-kata"? Lain ayatnya namun pada akhirnya semua ini memberi pengertian yang sama iaitu "berhati-hatilah ketika berkata-kata". Kerana kata-kata yang buruk atau negatif seumpama sebilah pedang yang tajam... yang boleh menghiris hati dan perasaan sehingga pada suatu masa hati yang disakiti itu nanti akan sukar untuk disembuhkan kembali.

Image result for cakap orang dia yang lebih
(Credit to the owner)

Namun awas...

Kata-kata ini bukan sahaja mampu melukakan hati insan lain, ianya juga boleh merosakkan hati penuturnya. Jangan dirosakkan lagi hati yang sudah sedia ada rosak itu. Jaga lidah... jaga hati... tepuk dada tanya diri, tanya iman... inikah yang aku mahu? jangan sampai retak menanti belah... jangan sampai yang dekat menjadi jauh... jangan sampai yang putih menjadi hitam...

(Dedicate this ayat to my self yang tengah menaip ini - self reminder)...

Renung diri...

Tak salah rasanya kalau kita bermenolog sendirian... ambil masa sedetik dua merenung kembali kisah diri, peribadi diri, tingkahlaku diri yang terkadang diluar kawalan diri... tanpa sedar atau dalam sedar... rupanya dah ada hati yang terluka dek kata2 yang kita lontarkan... whose know kan? sebab kadang2 orang ni kita tengok luarannya macam okay je tapi kat dalam tu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu... apa hati itu rasa... apa hati itu tanggung... sebab we could not see apa ada dalam hati each and everyone of us...

Lebih baik mencegah dari mengubati...

Sebab kita juga tak tahu apa yang akan jadi in future (terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya)... dan satu perkara lagi sebab mulut kita ni terkadang amat berat nak ucapkan kata2 maaf walaupun dah tahu salah itu datangnya dari diri kita sendiri... sorry seems to be the hardest word kaedahnya... malu nak minta maaf (including me - tak mengata kat orang lain ya)... So sebab tu la kita sendiri yang kena memuhasabah diri kita... kita sendiri yang kena cermin diri... kita sendiri yang kena betolkan diri kita... dan yang paling penting hanya kita sahaja yang betol2 faham diri kita... you know yourself better than anyone elsekan ?... so renung2kan lah...


H.u.r.t

Lidah umpama pedang
Mampu menghiris hati dan sanubari
Berbisa dan berduri
Menusuk dan merobek jauh ke dalam hati
Parahnya membawa lelah
Tajamnya membawa belah

Kalau ikut logiknya akal
Jika tidak mahu disakiti
Jangan menyakiti
Jika tidak mahu dilukai
Jangan melukai

Namun
Terkadang lajunya lidah dari akal
Kata-kata kadang2 tertutur diluar sedar
Maka ada hati yang mula berdarah
Ada jiwa yang mula begetar gusar
Mungkin luka itu tak nampak di mata
Tapi parahnya tetap terasa

Hanya kata2 maaf mampu diberi
Namun mampukah luka di hati sembuh kembali?
Mampukah keyakinan diri tegak berdiri kembali?
Mampukah diri yang di sakiti memaafkan kembali?

Hati yang terluka mungkin akan sembuh kembali
 Namun parutnya pasti tetap ada
Tersorok jauh di dasar hati
Sebab manusia terkadang hanya mampu memaafkan
Tapi bukan melupakan

 So akhir kata dari saya

Maaf jika ada hati yang terluka
Dek kerana mulut yang puaka
Jangan simpan sakit di hati
Kelak parah memakan diri
Jika mahu hidup bahagia
 Jadikanlah maaf memaafkan sebagai pedoman diri

Im-telling-u
24.10.2016
1.38 p.m


Jangan pernah menyakiti orang lain
Kerana mungkin esok kamu jua akan disakiti
Sakit yang kau berikan hari ini
Mungkin esok akan datang bertandang pada diri sendiri

Wanauzubillahhimminzalik... 

So sekian sahaja ayat entah apa2 dari diri ini buat saat ini dan ketika ini... marilah kita sama2 berwaspada dengan setiap kata2 kita mulai hari ini... InsyaAllah tenang hati tenang sanubari...

Ni saya nak dedicatekan lagu Hurt dari Kak Cristina Aguilera... Tetiba pulakkan nak dedikasikan lagu... ahahaha lagu ni tak ada kaitan dengan entry untuk hari ini ya... Sesaja nak tambah playlist blog... pepepon Salam Sejahtera kepada anda semua sampai ketemu lagi kita...!

Thursday, June 30, 2016

Resepi: Kuih Gula Melaka (Onde-Onde)

Bismillah and Assalamualaikum...

Mari mulakan dengan resepi kita untuk hari ini...

Bahan2:


Bahan2 I
☆ Air pandan
☆ Tepung pulut
☆ Sedikit garam
☆ Sedikit air kapur 

● Campurkan semua sekali bahan2 ini dan uli sebati.

Bahan2 II
☆ Gula melaka/ manisan
☆ Kelapa muda parut

● Bagi kelapa parut, taburkan sedikit garam, gaul sebati dan ratakan.
● Gula melaka pula di potong dadu


Cara2 membuatnya:


Onde2
● Panaskan air sehingga mendidih terlebih dahulu.
● Isikan Bahan I yang dah di uli tadi dengan gula melaka dan gotelkan ia menjadi bulat seperti guli.
● Campakkan ia ke dalam air yang dah mendidih tadi dan seterusnya.
● Kalau dah ada yang timbul ke permukaan air boleh lah toskan dan letak dalam kelapa parut tadi dan golek2 kan ia sehingga kelapa parut tersalut penuh. 
● Okeh boleh terus buat hingga semua adunan tadi habis... Okay dah pon siap! Senangkan resepi kite untuk hari ini? Sekian sahaja untuk hari ini....


P/s : Bulan puasakan Onde2 ni kira antara menu pencuci mulut mesti ada kaedahnya... moga gambar tu dapat la membantu proses membuat Onde2 anda ... selamat mencoba... kepada yang ingin mencoba...

Assalamualaikum...

Tuesday, June 21, 2016

Resepi : Cek Mek Molek

Bismillah and Assalamualaikum...

Okeh hari ni just nak tepek resepi jek... tak nak cakap banyak... so kita terus kepada bahan-bahan dan cara membuatnya... owh ya macam biasa saya tak ada spesifik measurement untuk bahan2... semua pakai kaedah agak2... harap maklum... sila rujuk gambar di bawah....


Kisah r.a.n.d.o.m
Step by step

Bahan2:

☆ 5 ketul ubi keledek (direbus)
☆ 2 sudu mentega
☆ Tepung gandum
☆ Sedikit garam
☆ Gula (untuk isi dalam)


Cara2 membuatnya:
  • Ubi keledek yang dah direbus perlu dibuang kulitnya terlebih dahulu. Kemudian dipenyekkan ia bersama dengan mentega (ketika ubi tadi masih lagi panas).
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berserta secubit garam ke dalam adunan ubi keledek tadi.
  • Uli sebati adunan tersebut sehingga tidak melekit/ melekat (jangan masukkan terlampau banyak tepung gandum takut rasa ubi kurang nanti).
  • Bentukkan seperti gambar di bawah. Jangan lupa masukkan gula terlebih dahulu. 
  • Kemudian bolehlah panaskan minyak untuk menggoreng... goreng sehingga ianya bertukar kepada warna golden brown and bolehlah terus angkat dan hidangkan... 
    Okeh dah pon siap! Tadaaa! 
    Selamat mencoba kepada yang ingin mencoba!

P/s: Dah lama tak dedikasikan lagu... so sempene bulan Ramadhan ni terimalah Ramadhan by Maher Zain... saya dah jarang wat kuih sekarang kadang2 resepi pon dah lupa...

Friday, June 10, 2016

Review: Contengan Jalanan

Bismillah and Assalamualaikum...

Contengan Jalanan

Hai awak-awak semua.....! Jumpa lagi kitakan...ahahaha sila lupakan ayat konon-kononnya busy sepanjang Ramadhan dalam entry sebelum ini... ni kira tak brape nak busy la sebab tu ambik masa taip sat entry baru gituu...so amacam puasa tahun ni? Okay? Harap-harap smooth la ye dari awal hingga akhir nanti... jadi alkisahnya hari ni kita nak review novel la plak... nape tiba2 nak review novel plak? Well nak dijadikan cerita petang tadi diri ini terkeluar la cerita pasal novel ni (tajuk seperti di atas) dekat Emma (merangkap rakan sekerja)...

Saya bagi la sedikit sebanyak sinopsis pasal novel ni (setakat yang saya ingat sebab dah lama baca) antara kandungan sinopsis tu more on karakter sampingan novel ni yang bernama Chad (betol kot ejaannya)... Chad ni kiranya sepupu kepada salah seorang watak utama novel ni (tak ingat pula dia ni sepupu si Fend ke atau pun sepupu si K²)... Harap maaf la ye kalau review amat mengecewakan sebab saya nak cerita setakat yang saya ingat sajo...ahaha nak test memori okay ke idop kaedahnya... and petang tu jugak dengan novelnya sekali saya kasi kat Emma suh baca... 

Selain daripada tu apa yang amat terkesan sekali and mengapa saya nak review sangat pasal novel ni adalah kerana situasi dalam cerita ni ada berlaku dalam bulan Ramadhan... ni antara kisah si Chad dengan sepupunya itu... macam mana diorang spend diorang punya bulan Ramadhan di perantauan sebagai backpackers... and etc...etc... sebenarnya ambik masa juga le untuk saya mula start baca novel ni and masa diambil pon amat panjang tapi bila saya dah boleh adapt jalan ceritanya barulah boleh baca sampai habis terus... and the most memorable part is the quote in the novel... saya rasa melalui quote ni the whole story dah pon terjawab... sebab maksudnya yang amat mendalam... 

So kat bawah ni saya tepekkan sekali sinopsis yang proper sket...takut2 ada yang frust baca review saya ni... maafkan saya... saya ni takkan baca buku 2x walau minat banyak mana sekali pun... so far buku ni memang ada dalam ingatan... so amat2 direkomenkan kepada anda yang belum baca lagi dan tengah mencari bahan bacaan... harap sinopsis ni idop le mematikan mood para penggemar novel ni... saya ada banyak lagi novel dari penulis yang sama cuma tak ada masa lagi nak baca (separuh dah baca separuh lagi belum)... so tanpa melengahkan masa please enjoy the proper synopsis novel ni... and tq sebab sudi baca entry ni sampai habis!


   The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th.
Sinopsis
I – Fend 
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. 
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’. 
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.  
II – K² 
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. 
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza. 
Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza. (Link)

P/s: taip dari semalam tapi tak sempat habis menaip jadi waktu teranjak sehari...

Wednesday, April 13, 2016

Harapan

Bismillah and Assalamualaikum...

Wassap!? readers... sorry dah lama tak aktifkan diri berbloggin...dah masuk bulan April dah pon kita ya... macam mana dengan kesihatan?okay? moga anda yang sedang membaca sihat-sihat selalu... almaklum sekarang ni Malaysia kita ni bukan main panas lagi... yang duk negara lain tu saya tak tau sangat cuaca kat sana macam mana... tapi sila jaga kesihatan masing-masing ya...insyaAllah semoga anda juga sentiasa berada di bawah rahmat dan inayahNya selalu...

Well apa kita nak story hari ini? macam yang saya taip tajuk kat atas ni... harapan a.k.a hope...saya tahu kita semua ni ada harapan... ikut situasi masing-masing la kan... saya, awak, kita semua ni ada harapan sendiri sama ada kecil, sederhana ataupun besar... tapi harap-harapnya harapan tu semua benda baik la ye... jangan pulak nak berharap yang bukan-bukan... jauhkan pemikiran anda dengan harapan yang bukan-bukan tu... fikir yang positive-positive je... saya doakan moga harapan yang positive tu nanti akan success... kalau tak cepat mungkin lambat sikit... insyaAllah... 

Semuanya dari Allah s.w.t sebab kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan...jadi doa yang baik-baik je, fikir pun yang baik-baik je... insyaAllah nanti yang sampai kat kita yang baik-baik je... (peringatan untuk diri sendiri sebab saya manusia biasa mana ada 24jam fikir yang baik-baik je sebab dalam masa tu mesti ada 80% fikiran ke arah yang negative)... but saya nak try buat diri fikir secara positive selalu... insyaAllah... baru awet muda... sebab diri kurang stress gituuu...ahahahah... sorry nak happy-happykan diri sambil buat ayat lawak hambar untuk hari ini...

So... sebagaimana tajuk di atas hari ini saya siapkan madah pujangga saya yang da berkurung duk dalam draft ni... mungkin pening nak faham apa yang saya nak sampaikan... tapi tak apa... tak faham tak apa sebab bukan masuk exam pon... cuma contengan kosong dari diri ini jek... ikot situasi katanya... sila baca and buat-buat faham... terima kasih sebab sudi baca blog hidup segan mati tak mahu ni... lepas ni nak variasikan lagi penulisan... sebab diri saya bukan setakat menulis benda-benda sebegini sahaja... takut nanti ada yang salah faham dengan karektor diri saya...sekian terima kasih dari saya untuk hari ini...


Credit to the owner


H.O.P.E

Harapan yang ku sandarkan
Kepada mereka yang dekat di hati
Agar hati tidak luluh
Agar kepercayaan tidak goyah
Namun tidak semua kan jadi seperti yang diharapkan
Tiap hari hati ini makin parah
Tiap hari rasa percaya ini makin kurang
Entah dimana silapnya
Bermonolog aku sendirian
Menilai rasa hati menilai ragam manusia
Apakah aku yang salah penilaiannya?
Atau apakah mereka yang berdusta?
Namun hati dan deria tidak dapat menafikan
Pedih...melihat setiap telatah dan mendengar setiap kata-kata
Sedangkan aku tahu dimana benarnya dan dimana dustanya
Aku kira engkau juga merasakan dan memahami rasa hati ini
Namun bila engkau lebih mementingkan perasaan dan kepentingan diri
Waktu itu kutahu engkau sudah tidak seperti dulu
Sedih... bila mengenangkan engkau telah berubah
Berubah menjadi seseorang yang tidak ku kenali
Aku seakan-akan tidak percaya 
Engkau yang sekarang adalah engkau yang dulu pernah ku kenali
Kuharapkan waktu boleh merubah segalanya
Hanya doa dan harapan untuk ku kepada mu
Moga kita lebih matang moga engkau lebih peka
Hidup tujuannya untuk akhirat kelak
Siapa aku untuk menghukum siapa aku untuk menilai
Namun harapanku tetap ada masih kuat hingga kini agar engkau kembali menjadi seperti dulu
Ingat hidup hanya sementara 
Hidup untuk Allah s.w.t bukan hidup untuk manusia
Namun berbuat baiklah kita kepada kedua-duanya
Ku doakan agar engkau kembali temui jalan yang lurus itu
Dan aku juga ingin mencari jalan itu
Permulaan itu mungkin ada pincangnya
Namun boleh diubah jika hati berkata mahu berubah 
Tapi pengakhiran kita nanti bagaimana? 
Elok atau sebaliknya? 
Mari kita sama-sama perbaiki diri
Agar diri kita semuanya elok luaran dan dalamannya
Akhir kata dariku 
Moga pengakhiran itu nanti kita ada dalam redha dan rahmatNya 
InsyaAllah...


im-telling-u
13042016
2.00 p.m (waktu Malaysia)

Monday, February 29, 2016

Please don't be sad

Bismillah dan Assalamualaikum...


Dah lama rasanya tak post madah pujangga... so hari ni nak post satu... tak tau nak letak tajuk apa... tapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah jangan pernah biarkan depressi /tekanan menghantui diri... jangan pernah rasa diri tak dihargai atau rasa hidup kita la yang paling sadis dari orang lain.... atau rasa masaalah kita la yang paling besar dari orang lain... sebab kalau kita terlampau merasai rasa hati yang tak sepatutnya ni... jiwa akan rosak dan keyakinan diri pun akan merudum... please jangan rosakkan self esteem anda... 


Ni kiranya entry pasal benda-benda yang positif ya... kalau anda ada buat benda salah tu jangan pula rasa tak bersalah... try la perbaiki diri and jujur pada diri... berjanji pada diri tak kan buat lagi...  saya tahu setiap orang ada permasaalahannya sendiri... and setiap masaalah tu tak sama... mungkin ada rasa "benda ni aku je rasa... orang lain tak rasa... jadi orang lain tak kan faham..." memang betol... tapi try think positif... kalau ada yang baik hati nak tolong nasihatkan... tolong la dengar... ambik nasihat yang positif buang yang negatif... lagi haru kalau da deppresi duk sesorang pula memang la makin cepat fikir bukan-bukan...

Silalah berkomunikasi dengan orang sekeliling yang dekat dengan kita jangan pernah fikir nak buat benda yang bukan-bukan... yang paling penting kalau dah tak da sapa-sapa atau permasaalahan tu terlampau besar sangat tak sanggup nak share ngan sesape sila la mengadu dengan Allah s.w.t... kita ada Dia... mohon petunjuk atau apa-apa sahaja yang seeloknya kerana Dia maha mendengar... luahkan apa yang terbuku dalam hati... sebab dialah tempat kita sepatutnya dan seharusnya mengadu dan memohon pertolongan...



Credit to the owner

Seingat saya... ada la dua tiga orang sahabat pernah bagitau... aku tengok ang happy ja tak da masaalah... best la ang... saya jawap semua orang ada masaalah cuma tak bagitau orang ja... ada juga yang pernah tanya kalau saya rasa depressi apa saya nak buat kalau nak hilangkan rasa tu... macam-macam kami bincangkan macam mana nak atasi... try la suggest apa patut buat... for example g tengok pemandangan ka... shopping ka... macam-macam la... buat benda-benda yang ang suka ka... tapi end up semua benda tu sementara ja happynya... nanti depressi tu datang balik... kitorang pun tak tau macam mana solusi yang sepatutnya...


Saya sebenarnya sangat kagum dengan orang yang kuat sabarnya dan sentiasa berfikiran positif... sebab saya ni jauh sekali sebegitu... kontra teramat... namun ada la feel nak jadi positif kadang-kadang... apa-apa pun perlu ingat duka tak akan selamanya... nanti bila diikutkan hati takut-takut akan menyesal tak sudah... bila duk tulis entry ni teringat pulak satu lagu dari Opick ni tajuknya Tiada Duka Yang abadi... so saya dengan senyuman ikhlas tujukan lagu ni untuk korang-korang yang tengah duk baca entry ni... selamat maju jaya dari saya di sini...



Sinar pagi

Semalam sudahku lalui liku-liku hidup dugaan dunia

Terselak perasaan murung bermuram durja
Langsung tiada gelak tawa 
Terasa diri keseorangan umpama tiada sesiapa disisi
Mainan perasaan cukup hebat menghantui fikiran
Waktu itu ku kira tiada sesiapa fahami akan perasaan ini
Memberontak keseorangan 
Namun jauh di sudut hati perasaan inilah yangku cuba harungi dan jauhi
Pelbagai cara ku lakukan
Agar diri kembali bersinar
Mengapa harusku ikutkan rasa hati
Mengapa harus ditambah sengsara diri sedangkan aku mampu hidup bahagia
Dan bila mana masa berlalu
Segala-galanya kurasakan telah berubah
Rasa hati yang dulunya kuat mencengkam jiwa 
Seakan-akan berlalu pergi bersama waktu 
Lelah yang dirasakan selama ini seakan-akan menghilang 
Umpama hadirnya tidak pernah ada
Syukur pada yang Esa
Sinar pagi yangku harapkan
Kini kurasakan muncul kembali
Kerana segala duka yang membelenggu bukan selamanya di hati
Waktu akan pasti merubah segalanya 
Namun hanya redha dan rahmat dariMu yang mampu menyebuh rasa dan menenang jiwa
Rahmati kami dan redhailah kami ya Allah...


Im-telling-u
29022019

InsyaAllah everything gonna be okay!
Have faith, Allah s.w.t knows better

Kerana;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." 
(Surah Al-Baqara, Verse 216)

P/S: dah panjang-panjang menaip ni saya nak bagitau la saya ni tak pandai nak nasihatkan orang... ni saje-saje je menaip pasal benda alah ni... sebab benda ni tergantung lama sangat dalam draft so saya nak siapkan jugak harini... huhuhu maaf dari saya dan terima kasih...

Wednesday, February 24, 2016

Why blogging?

Bismillah dan Assalamualaikum....

Nak jugak kita cerita pasal benda ni... walaupun tak ada orang nak tanya...tapi tak apa i know yang manusia sememangnya ada jiwa curiositynya yang menebal... jadi saya nak jugak tepek kat sini apa sebab saya blogging walaupun blog sekarang ni dah ada banyak pesaing... almaklum sekarang ni kita ada macam-macam/pelbagai lagi medium untuk bernetworking dengan dunia luar... so kenapa nak jugak berblogging ni? Saja-saja? Suka-suka?  hmmm.... memang betol saya saja-saja je nak berblogging tak ada niat khusus atau apa-apa yang sewaktu dengannya...just suka-suka...but recently saya ada terbaca balik blog saya yang lama dulu-dulu masa tu tahun 2008 saya start blogging....punya la nak tergelak bila baca balik entry dedulu yang gaya bahasanya amat la keanak-anakkan...

Dalam blog tu ada 5 jer entry 4 published 1 still selama-lamanya menjadi draft tak ada sambungan...blog yang dulu-dulu tu lagi sempoi tak ada nak tepek-tepek sebarang image ke ape ke just karangan jer...tu pun memang pendek teramat karangannya...but still yang pendek tu jugak la saya dah lupa... sampai sambil baca tanya diri sendiri...eh pernah ke? tapi best pulak rasanya bila baca apa yang kita dah tulis dulu-dulu walaupun sekerat cuma... macam baca penulisan orang lain pun ada... mungkin mindset dulu dan sekarang dah memang totally different... Owh one more thing saya ni memang tak ada sebarang media sosial yang lainnya...sebab dah deactivatedkan selama-lamanya... yang saya ada sekarang ni hanya la blog ni and instagram...tu pun tak berapa nak aktif...

So disebabkan saya ni segan nak tunjukkan my first entry ever... saya just tepek entry yang last sekali je la kan kat sini... nak tanya jugak awal-awal apa macam penulisan entry blog lama dengan yang baru ada banyak beza tak? tapi yang paling saya tak kan lupakan seharusnya entry yang mula-mula sekali tu... ayat memang seksa nak di baca... bahasa alien mana la saya cedok dulu...apa-apa pun dibawah ini saya attachedkan sekali saya punya entry terakhir di blog dahulu... sila abaikan penggunaan kata ganti diri yang berbeza itu...and entry ni la paling panjang dari entry-entry lain dari blog tu... walaupun tergantung tetap nak di post juga...


Monday, May 11, 2015 

"Negara-negara seberang laut..."

Bila teringat balik kat blog 'hidup segan mati xmau' ni...mula la duk fikir balik apa la password blog ak neh...ha bila da ingat blek godek pnya godek dapat bukak balik ni la jumpa entry separa siap as you can see below...selebihnya dibiar tergantung xbertali..

****Last entry yang tak dipost****

Okeh da lama aku bercita-cita nk menjejakkan kaki ke "negara-negara seberang laut"...So di kesempatan yg ada ni selepas semua da selesai (maksudnya di sini pengajianku)...dengan penuh kesungguhan dan keterujaanya ak pergi ambil gambar nk wat passport...n alhamdullillah pada ari yg sm ak dapat both my hardbound thesis and also my passport...hakhakhak (gumbira xterhingga n rasa nk tersenyum jek selalu aritu tp terpaksa dicontrol coz nanti org kata ak ni "kureng" plak)...

So walaupun lambat sedikit dari tarikh asal perancangan, akhirnya selamat jugak ak smpai ke negara jiran (which is country pertama yg ak pilih sebagai permulaan sesi jelajah "negara-negara seberang laut" - ini sekadar impian almaklumlah ak hnya merancang tetapi Allah jua yg menentukan and InsyaAllah impian ini akan jadi kenyataan suatu hari nanti)... Dengan bantuan dr seorang sahabat maka....

****the end****

Ha dipendekkan cerita sampai la aku dekat negara berkenaan...and percutian kami pon bermula dan berakhir dengan jayanya...Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan olehNya...

Tapi bila difikirkan balik kita ni sebagai warganegara Malaysia why not habiskan dulu kita punya misi jelajah satu Malaysia baru fikir nak jelajah negara orang...tapi (ha nampak tak akak mmg suka pakai ayat tapi2 neh)...if da ada rezeki lebih tu bley la jejalan kat tempat orang...orang kata apa luas perjalanan luas pemandangan...kalau budget lebih sket bley la jejalan jauh sket tp if nak save budget atau mmg terkurang budget jejalan kat negara kita sendiri pon okey jugak..pendek cerita tepuk dada  tnya la selera tapi berpada-pada ikut kemampuan diri...

Okeh la sekian saja...ada masa kita nak post lagi..InsyaAllah...jumpa lagi...

Assalamualaikum...

P/S: Saya mampu lagi baca entry blog tapi nak baca balik thesis itu tidak la saya mampu...

Sekian dari saya....

Sunday, February 21, 2016

Resepi : Kuih Cara Manis

Bismillah dan Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak buat sebarang kuih... so hari ini saya rasa macam nak buat kuih traditional... cara-cara dan bahan-bahannya tersangat la ringkas... kita pakai barang yang dah sedia ada sahaja di rumah... di sebabkan adik saya yang sorang ni memang suka beli perkakas memasak so kita punya bekas acuan bagi kuih ni sememangnya dah available kat rumah...jadi apa lagi misi mengacau adunan kuih pun bermula...

Saya lebih suka buat kuih traditional berbanding kuih/kek modern... kalau kek berbanding biskut pula, saya lebih prefer buat biskut lagi... tak tau kenapa tapi kalau nak diikutkan minat diri ini memang begitulah gayanya... bagi saya kuih traditional atau biskut ni kalau adunannya tak ikut sukatan yang betol pun still boleh consider sebagai menjadi lagi berbanding kalau kita nak buat kek ni... satu lagi mungkin juga sebab saya ni bukanlah seorang yang rajin sangat nak menyalin resepi-resepi ni...tapi sejak dua menjak ni macam extra rajin pulak duk mengarang and menaip resepi...

Owh ya satu lagi perkara sebelum terlupa... kalau anda semua perasan saya punya blog ni memang sekerat-sekerat je gambar yang di upload... maafkan saya... saya ni memang tak berapa gemar nak ambik gambar sangat... lagi satu apa orang duk kata kalau masaknya sedikit sahaje tapi ambik gambarnya lebih-lebih pulak... malu la kita nanti... tak mampu saya nak buat muke seposen... Okay tanpa melengahkan masa lagi mari kita mulakan! harapnya resepi ni menjadi la ya dan moga-moga senang untuk dibuat... Dengan itu bahan-bahan dan cara membuat Kuih Cara Manis adalah seperti di bawah:-

Kuih Cara Manis

Bahan-bahan:
1 cwn air pandan
1 cwn susu full cream
1 biji telur
1 cwn tepung gandum
Garam secukup rasa (untuk rasa lemak-lemak masinnya)

Bahan tambahan:
Gula (untuk ditaburkan di atas kuih nanti)
Sedikit minyak (untuk disapukan di atas acuan kuih supaya kuih tak melekat di acuan)

Okeh mari kita mulakan... Caranya adalah semudah 1, 2, 3... sila rujuk gambar di bawah....

http://im-telling-u.blogspot.my
Step by step
  1. Campurkan kesemua bahan utama seperti di atas and kepuk/gaul ia hingga sebati
  2. Kemudian bolehlah panaskan acuan tadi and sapu sedikit minyak/marjerin untuk mengelakkan adunan dari terlekat di acuan... lepas tu boleh la tuang adunan ke dalam acuan sedikit demi sedikit
  3. Tabur/letakkan sedikit gula (secukup rasa) di atas adunan tadi sebelum ianya masak sepenuhnya supaya gula tadi dapat menyerap masuk ke dalam adunan
  4. Tutup seketika adunan yang sedang dipanaskan tadi dengan penutup kuali atau apa-apa sahaja yang sesuai supaya kuih kita ni nanti boleh masak sekata
  5. Tunggu sehingga ianya betol-betol masak... bolehlah cucuk adunan tadi pakai garfu/apa-apa sahaja benda yang sesuai untuk tengok sama ada kuih kita ni da masak sekata ke belum... lepas tu if dah confirm masak secara keseluruhan seperti gambar No. 3 di atas maknanya kuih kita dah pon siap!

Okay sekian sahaja dari saya untuk hari ini... Selamat mencuba!!!

P/S: Rasanya pakai santan mesti lagi umphhh.... nanti insyaAllah kita nak try buat pakai santan pula. Ni resepi cedok dari internet tapi orang lain yang tolong searchkan..kita main buat je lepas die sebut semua bahan-bahan yang perlu ada...tak tau pula blog mana yang di usharnya... apa-apa pun kredit juga untuk tuan punya resepi...terima kasih...merasa Mak kita makan kuih cara semalam. Ni entry semalam punya karang tapi tak sempat nak habiskan so hari ni baru kita post...okay jumpa lagi dilain waktu...Assalamualaikum...

Friday, February 19, 2016

Otak kiri atau otak kanan?

Bismillah and Assalamualaikum...

Salam jumaat... hari ni kita nak relax-relax je...so untuk harini jom kita test sesama otak kita... kita tengok otak manakah yang lebih dominan sama ada yang kiri ke atau yang kanan? Mengikut apa yang saya baca dalam tenet... ringkasan bagi kelebihan orang yang menggunakan otak kanan atau kiri adalah seperti mana berikut:-

Credit to the owner

So sesiapa yang berminat boleh la wat test otak ni di Sommer-Braintest... i just do it for fun tak sangka memang ada masaalah short term memory gtu (if base on gambar di atas) and contoh brain test result are as below:

Sekadar gambar hiasan

Saya wat test ni time tengah bosan...tak sangka tinggi pulak yang kirinya banding yang kanan...saya tak tau sama ada benda ni 100% boleh pakai atau pun tidak...hanya untuk suka-suka... dulu-dulu suka bebeno wat personaliti test, IQ test and segala bagai test yang kita jumpa kat tenet ni... tu pun time bosan sesangat... time tak tau apa nak buat...

Bila hujung minggu sebegini saya biasanya tak ada sangat aktiviti menarik nak dilaksanakan...saya just stay kat rumah buat apa yang patut je...bunyi macam membosankan tapi tak ape kita di sini chill aje...so hopefully weekend anda akan berjalan dengan penuh ceria dan jayanya... selamat berhujung minggu kepada semua yang membaca entry ini! Salam dari saya di sini....

Friday, February 12, 2016

Ringkasan Pelaksanaan Umrah

Bismillah dan Assalamualaikum...

Entry kali ini saya nak share sedikit ringkasan berkaitan dengan Umrah. Nota ini juga adalah rujukan untuk diri sendiri. Membuat catatan tentang apa yang telah di baca dan di dengar. Moga bermanafaat dan jika ada salah silap harap dibetulkan moga dapat kita perbaiki diri dan berkongsi ilmu...InsyaAllah...Penulisan ini bukanlah 100% hak milik saya, kerana ada juga rujukan dari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan Umrah dan Ziarah saya selitkan di sini...saya di sini hanya membuat ringkasan tentang cara yang paling mudah (bagi saya) untuk fahami langkah-langkah perlaksanaan Umrah dari mula hingga akhirnya...

Entry ini saya letakkan di bawah lebel learning...tak tau kenapa mungkin sebab saya atau mungkin juga anda sedang dalam proses untuk belajar dan memahami setiap ilmu yang diperolehi...semoga ilmu itu kelak bermanafaat dan berguna buat kita semua... secara jujurnya sebelum saya sendiri melaksanakan Umrah / sebelum merasai sendiri pengalaman melaksanakan Umrah...agak sukar untuk saya gambarkan keadaan sebenar bila berada di sana... so saya rasa mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran secara kasar tentang keadaan di sana (insyaAllah dengan izinNya)... 


                                                        Mengerjakan umrah (ringkasan)



Pengertian Umrah: Mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.

1. IHRAM
  • Mempersiapkan diri sebelum berihram dengan mandi sebagaimana seorang yang mandi junub, memakai wangi-wangian yang terbaik jika ada dan memakai pakaian ihram.
  • Berihram dari miqat dengan mengucapkan:
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala
Selepas berniat ihram di Miqat maka bermulalah larangan-larangan ihram iaitu:
  1. Menutup kepala/sebahagian daripadanya bagi kaum lelaki
  2. Memakai pakaian bersarung yang berjahit bagi lelaki
  3. Menutup muka bagi wanita
  4. Memakai sarung tangan
  5. Memakai bau-bauan
  6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut
  7. Memotong rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada badan
  8. Mengerat ataupun membuang kuku
  9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau apa juga tumbuh-tumbuhan di tanah haram
  10. Memburu binatang buruan
  11. Melakukan perkara yang boleh menaikkan syahwat
  12. Berkahwin atau mengahwinkan
  13. Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain


  • Dilanjutkan dengan membaca dan memperbanyak talbiah berikut sehingga tiba di Mekah:

،لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,لَا شَرِيكَ لَك

Maksudnya: Aku menjawab panggilan-Mu ya Allah, aku menjawab panggilan-Mu, aku menjawab panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu,  aku menjawab panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan hanya milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu

**antara yang lainnya bolehlah berselawat, berdoa, berzikir, beristighfar, membaca al-Quran dan bertaubat (sepanjang perjalanan menuju ke Masjidil Haram) 

  • Masuk Masjidil Haram dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca doa masuk masjid:
اللَّهُمَّ افْتَحْ لِى أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.
Maksudnya:Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu

2. TAWAF (sila rujuk gambar di bawah)



Credit to the owner
Syarat sah tawaf:
  1. Niat
  2. Menutup aurat
  3. Suci dari hadas dan najis
  4. Mengelilingi kaabah dengan menjadikan Baitullah di sebelah kiri (adalah batal pusingan suatu tawaf jika bahu terpesong @ menyentuh dinding Kaabah/Hijir Ismail)
  5. Dimulai dan diakhiri di Hajar Aswad (no. 13)
  6. Dilakukan di Masjidil Haram
  7. Dilakukan untuk tawaf semata-mata bukan untuk yang lainnya  
**jika tidak pasti di manakah Hajar Aswad/ permulaan tawaf perhatikan kedudukan lampu hijau yang telah disediakan sebagai tanda permulaan/penamat tawaf 

Sunat-sunat tawaf:
  1. Berdoa pada tiap-tiap pusingan
  2. 7 kali berturut-turut
  3. Memakai pakaian berwarna putih
  4. Berlari (lari kecil) pada 3 pusingan pertama
  5. Istislam
Tatacara melakukan tawaf:
  • Dimulai dari arah Hajar Aswad (no. 13) dengan beristislam kepadanya, iaitu menciumnya seboleh yang mungkin, jika tidak memungkinkan maka cukuplah dengan mengangkat tangan atau berisyarat kepadanya dengan tangan lalu mengucup tangan tersebut sambil mengucapkan:
بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَرُ وَ ِللهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, segala puji-pujian bagi Allah
**Ini dilakukan pada setiap putaran tawaf di Hajar Aswad (no. 13)
**Juga dibaca setiap kali sampai di Rukun Yaman(no. 9)(angkat tangan kearahnya namun tidak perlu mengucup tangan tersebut)

  • Kemudian, memulai tawaf umrah 7 putaran (dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad dikira satu pusingan). 
  • Ketika berada di antara Rukun Yamani (no. 9) dan Hajar Aswad (no. 13), bolehlah membaca doa sepertimana berikut:
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka
  • Tidak ada zikir atau bacaan tertentu pada waktu tawaf, kecuali doa di atas. Dan seseorang yang tawaf boleh membaca Al Quran atau doa dan zikir yang disukai - dari Hajar Aswad (no. 13) hingga Rukun Yamani (no. 9).
  • Begitulah seterusnya sehingga dilakukan tujuh kali pusingan. 
  • Setelah tawaf, bolehlah berusaha untuk mencium Hajar Aswad dan terus ke Multazam  (no. 6)(kedudukan antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) untuk berdoa lalu menuju ke makam Ibrahim (no. 7) untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat (solat sunat Tawaf). Setelah itu anda boleh masuk ke dalam Hijir Ismail (no. 5) untuk solat sunat 2 rakaat dan berdoa. 
**Solat sunat Tawaf - rakaat pertama baca surah Al Fatihah dan surah Al Kaafirun dan pada rakaat kedua baca surah Al Fatihah dan surah Al Ikhlas
**Sekiranya orang terlalu ramai, memadai melakukan solat sunat Tawaf di mana-mana tempat di dalam Masjidil Haram
  • Setelah solat, disunatkan untuk meminum air zam-zam dan doa meminum air zam-zam adalah seperti berikut:
 أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَرِزْقًا وَاسِعًا, وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
Maksudnya:Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu pengetahuan yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.

3. SA’I UMRAH (sila rujuk gambar di bawah)



Credit to the owner

Berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah dengan syarat-syaratnya ialah:
  1. Dilakukan selepas tawaf Rukun/Qudum
  2. Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Marwah
  3. Cukup 7 kali dengan yakin, dikira dari Safa ke Marwah 1 kali dan dari Marwah ke Safa 1 kali
  4. Hendaklah sa'i hingga penghujung tempat sa'i di Bukit Safa dan Marwah
  5. Hendaklah sa'i di Batnulwadi (tempat yang maklum)
  6. Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa'i
Sunat-sunat sa'i:
  1. Berwuduk
  2. Menuju ke tempat sa'i melalui pintu Safa
  3. Menaiki Bukit Safa dan Marwah sampai ke batu-batu bukit
  4. Niat
  5. Mengadap kiblat, mengangkat kedua-dua belah tangan serta bertakbir setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah
  6. Berlari-lari anak bagi lelaki bila sampai dilampu hijau dan membaca doa
  7. Dilakukan secara berturut-turut
  8. Berjalan kecuali uzur
  9. Berdoa
Tatacara melakukan sa'i:

  • Kemudian, menuju ke Bukit Safa untuk melaksanakan sa’i umrah dan jika telah mendekati Safa, maka ucaplah:
أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ
Maksudnya: Aku mulai dengan apa yang dimulakan oleh Allah dan Rasul-Nya

seterusnya membaca;


 إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: 
Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah, sesiapa yang mengerjakan ibadah haji di Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya untuk mengerjakan sa’i di antara keduanya. Sesiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui (Surah al-Baqarah ayat 158).
**Bacaan ayat al-Quran di atas (Surah al-Baqarah ayat 158) dibaca setiap kali/sebaik sahaja mendekati/melangkah kaki untuk mendaki Bukit Safa atau Marwah 
  • Niat sa'i umrah: 

 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أُرِيْدُ أَنْ أَسْعَي بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ سَبْعَةََ أَشْوَاطٍ سَعْيَ الْعُمْرَةِ لِلهِ تَعَلَي
Maksudnya: Ya Allah, aku hendak mengerjakan sa'i antara Safa dan Marwah tujuh kali, sa'i umrah kerana Allah Taala
  • Setelah berniat dan anda masih di atas Bukit Safa maka menghadaplah ke arah Kaabah hingga melihatnya (jika hal itu memungkinkan), lalu melambai ke arah Baitullah dan mengucapkan:
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُوَ ِللهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: Allah Maha BesarAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji-pujian bagi Allah
**Bacaan di atas sunat dibaca setiap kali hendak memulakan perjalanan semasa masih berada di atas Bukit Safa atau Marwah
  • Masih dalam keadaan menghadap Kiblat lagi, sebelum memulakan perjalanan maka bacalah doa di bawah:
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ,
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ,
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ


Maksudnya: Allah Maha BesarAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Kerajaan dan pujian hanyalah milikNya, Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, ditanganNya terletak segala kebaikan, Dia berkuasa di atas segala sesuatu. Dia yang telah melaksanakan janjiNya, menolong hambaNya dan menghancurkan musuh-musuhNya dengan keEsaanNya.
  • Seterusnya memulakan perjalanan dari Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah dan berdoa. 
  • Apabila anda sampai keruangan yang terletak antara dua tiang (garisan hijau) maka disunatkan untuk berlari-lari anak bagi lelaki dan membaca doa seperti berikut:  

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا 

لَا نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah kami, rahmatilah kami,maafkanlah kami, kurniakanlah kami dengan kemurahanMu dan ampunkanlah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Engkau adalah sangat Maha Mulia dan Maha Terpuji.
  • Lalu berjalan biasa menuju ke Marwah dan seterusnya berdoa apa sahaja yang dikehendaki sehingga sampai ke Marwah. Ketika mendaki Marwah, bacalah Surah al-Baqarah ayat 158 seperti yang telah dinyatakan di atas. Lakukan perkara seterusnya seperti mana yang dilaksanakan di Safa sehingga selesai sa'i. 
**Ketika sa’i, tidak ada bacaan-bacaan yang tertentu, maka boleh berzikir, berdoa, atau membaca bacaan-bacaan yang dikehendaki (doa atau bacaan al-Quran)

4. BERTAHALLUL

Tahallul: Melepaskan diri daripada larangan dalam masa Ihram dengan menggugurkan rambut kepala. Paling sedikit 3 helai rambut kepala sama ada dengan gunting, pisau cukur ataupun mana-mana alat yang lain. 
  • Setelah memotong atau mencukur rambut, maka berakhirlah ibadah umrah dan anda bolehlah mengerjakan hal-hal yang tadinya dilarang ketika dalam keadaan ihram.

**Bagi lelaki disunatkan mencukur kasemua rambut kepala dengan rapi dan licin manakala bagi wanita pula memadai dengan menggunting hujung rambut sepanjang jari sahaja.


P/S: Untuk mendapatkan pencerahan yang lebih lanjut berkaitan perkara di atas, eloklah sekiranya anda sendiri menghadiri majlis-majlis ilmu yang membincangkan tentang perkara di atas dan bolehlah juga membaca buku-buku ilmiah yang berkaitan. Nak kongsi ilmu pun rase nervous semacam je...apa-apa pun moga ilmu ini bermanafaat untuk kita...sekian dari saya...terima kasih...

Resepi : Udang Masak Kunyit

Bismillah and Assalamualaikum... Hi semuaaaaaa... apa khabar anda di sana? saya di sini sihat2 sajo... alhamdulillah...  So disebab...